Sunday, May 25, 2008

Minggu ke-16 (26 hingga 31 Mei)

Pada hari Isnin (26 Mei 2008), sekolah ini mengadakan "Presentation Road Safety" di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait. Semua guru teaching practice telah diarahkan menjaga kelas-kelas yang tiada guru.

Minggu ke-15 (19 - 24 Mei)

Pada minggu ini tidak banyak aktiviti sekolah kecuali setiap hari Rabu dan hari Sabtu akan diadakan "Segmen Padang" pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.

Pada hari Selasa, saya telah mengajar lukisan darjah 3B (7.30 - 8.30) dan menjaga darjah 4B (10.30 - 11.30 pagi).

Monday, May 19, 2008

Minggu 14 (12 hingga 17)

Pada 12 Mei 2008 (Isnin), sekolah ini mengadakan sesi perkampungan motivasi dan bersembahyang hajat sempena peperiksaan PSR yang akan dihadapi.

Tuesday, May 13, 2008

Minggu 13 (5 - 10 Mei)

Pada 7 Mei (Rabu), saya telah menjaga kelas 4A daripada pukul 8.30 -9.00 pagi. Pengajaran saya ditunda kerana mereka telibat dalam ujian bagi murid darjah 4 dan 6. Ujian ini bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

Minggu 12 (28 April - 3 Mei)

Pada minggu ke-12, sekolah ini tidak ada mengadakan sebarang aktiviti. Kami semua mengajar seperti biasa sahaja.

Monday, April 21, 2008

Minggu 11 (21 - 27 April 2008)

Pada hari Isnin (21 April 2008), saya dan Yusrina telah diarahkan untuk membantu guru mencetak kertas ujian bagi 'Road Safety' di Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Kami berada di sana dari pukul 2.30 hingga 4.00 petang.
Pada hari Rabu (23 April 2008) & Khamis (24 April 2008), semua guru TP telah diarahkan utk 'staple' kertas bagi kem motivasi. Sekolah kami telah mencetak kertas bagi kem motivasi utk lima buah sekolah di Daerah Belait.
Pada hari Ahad (27 April 2008), kami telah keluar bertugas pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Saya ditugaskan utk menjaga murid yg mengikuti aktiviti padang seperti rejam lembing, lempar cekera dan lontar peluru.

Minggu 10

Pada 19 April 2008 (Sabtu), saya telah ditugaskan menjaga murid yang bermain bola jaring pada pukul 1.15 petang sehingga selesai. Manakala pada waktu pagi, saya 'relief' kelas kerana ramai guru telah keluar bertugas di kompleks sukan Mumong.